PAS Wilayah sokong umur minimum pengundi

- Advertisement -

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh keputusan Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang had umur minimum layak mengundi serta pendaftaran mengundi secara automatik (AVR).

- Advertisement -

Hal demikian kerana:

1) Merupakan suatu usaha yang baik bagi menyediakan pelapis kepimpinan negara dalam kalangan generasi muda.

2) Sebagai pendidikan awal kepada remaja terhadap dunia politik, sekali gus memberi pendedahan akan sistem pentadbiran negara.

3) Menggalakkan remaja dan belia terlibat sama mencurahkan idea terhadap penggubalan dasar negara.

4) Melahirkan masyarakat yang celik isu dan idealisme.

5) Membentuk masyarakat yang berpengetahuan dan berwawasan.

6) Mencorak generasi Rabbani dan matang.

Golongan muda yang telah layak mengundi ini haruslah diberi panduan serta didikan yang berterusan, sesuai dengan fitrah insan yang memerlukan bimbingan agar sentiasa  berada di jalan yang lurus.

Maka semua pihak hendaklah memainkan peranan demi  memastikan generasi muda ini bersedia menentukan pemimpin yang terbaik untuk  masa depan negara dan ummah.

PAS Wilayah Persekutuan berharap agar setiap ibu bapa turut mendidik anak-anak supaya celik politik dengan ajaran yang betul berlunaskan agama supaya mereka tidak terjerumus kepada politik yang menyalahi agama dan etika.

Oleh itu, PAS Wilayah Persekutuan menyeru semua pihak agar berperanan menjayakan usaha ini supaya PRU15 kelak hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas menolong rakyat sahaja yang akan dipilih, bukan kerajaan yang hanya pandai berjanji bulan dan bintang tetapi gagal menunaikannya dengan 1001 alasan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 18/7/2019

- Advertisement -