18 tahun: Siap siaga sambut 7.8 juta pengundi baru

- Advertisement -
DEWAN Pemuda PAS Negeri Perak mengalu-alukan keputusan kerajaan yang telah meminda Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan kelayakan umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun dan kelayakan menjadi calon diturunkan kepada 18 tahun di Sidang Dewan Rakyat semalam.
 
Pindaan RUU ini menyaksikan 211 Ahli Dewan Rakyat turut bersetuju  dengan pendaftaran pengundian secara automatik yang sebelum ini diperjuangkan oleh PAS. Dianggarkan seramai 7.8 juta pengundi baru bakal mencorakkan demokrasi di Malaysia dalam PRU 15.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik pindaan perlembagaan ini. DPPN Perak melihat pindaan ini sebagai satu cabaran besar khususnya dalam menyahut seruan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Presiden PAS yang meminta semua ahli PAS memberi pendedahan kepada generasi muda tentang peri pentingnya mengetahui selok belok politik Islam dan politik Malaysia.
 
Bersesuaian dengan konsep Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS, maka DPPN Perak akan menggerakkan seluruh jenteranya semaksima mungkin bagi menerangkan kepada generasi muda khususnya berkenaan Politik Islam yang dibawa oleh PAS.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak juga menyeru agar generasi muda menyambut baik pindaan ini demi kelangsungan dan kestabilan negara Malaysia. DPPN Perak juga mengharapkan generasi muda dapat mencerna pemikiran dengan lebih kritis dan membuat penilaian berdasarkan merit pencapaian negeri dan negara yang dipimpin, bukan atas dasar sentimen sempit dan isu populisma. 
 
Sehubungan itu, melihat kepada situasi politik Negeri Perak yang masih tidak stabil dek kerana pelbagai skandal dan isu. Maka Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan terus menghidupkan jentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya PRN Perak.
 
“Wa’tasimu”
“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”
 
MOHD ZAHID ABU BAKAR
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 18/7/2019
- Advertisement -