Ramai pengusaha bas, teksi belum daftar Perkeso

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan sosial (Perkeso) Kelantan meminta pengusaha teksi, e-hiling dan bas persendirian membuat caruman sebelum 31 Julai ini bagi mengelakkan tindakan kompaun.

- Advertisement -

Pengarahnya Nora Yaacob berkata, Operasi Pemutihan Perkeso yang mula dilaksana sejak 2017 diteruskan tahun ini membabitkan 10 lokasi yang dikenal pasti.

Katanya operasi itu diadakan memandangkan kesedaran golongan tersebut masih rendah.

“Berdasar statistik Perkeso hanya seramai 254 daripada 2,193 jumlah keseluruhan yang caruman sehingga sekarang, manakala sebahagian besar lagi gagal berbuat demikian.

“Kami memberi masa pihak terbabit melalui program pemutihan yang bermula 1 sehingga 31 Julai ini agar pemandu teksi, e-hiling, pemandu bas dan bas kilang mendaftar dan membuat caruman dengan Perkeso,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada media selepas operasi Pemutihan Perkeso di hadapan Sekolah Chong Hwa Jalan Kelechor yang menyasarkan pemandu bas sekolah. – HARAKAHDAILY 17/7/2019

- Advertisement -