GST: Guan Eng bohong, tak layak jadi menteri

Lim Guan Eng
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengesahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa wang sebanyak RM19.4 bilion hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak hilang atau dirompak seperti dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada tahun lepas.

- Advertisement -

fadhlisAhli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, laporan PAC yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat sejak semalam mendedahkan segala dakwaan Lim Guan Eng pada tahun lepas adalah satu pembohongan kepada rakyat.

“Menteri Kewangan kata ia dirompak. Bagi kita Menteri Kewangan pada hari ini merupakan seorang pembohong dan tidak layak menjadi Menteri Kewangan.

“Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan lain bila menyebut bahawa Kelantan tidak dapat membayar gaji, Kelantan negeri yang mundur dan sebagainya juga merupakan satu pembohongan,” ujar Fadhli.

Beliau ditemui Harakahdaily di lobi Parlimen selepas  menyertai sidang media Ahli Parlimen Pembangkang membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul pembangkang untuk merujuk Menteri Kewangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Kenyataan Guan Eng sebelum ini dana untuk pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah ‘dirompak’. Ini juga merupakan satu perkara yang mendorong kita untuk menyokong usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Hari ini pun, kita tidak menyatakan bahawa Menteri Kewangan ini bersalah. Apa yang kita mahu supaya ia dibincangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Jadi semua ahli parlimen boleh bentangkan hujah masing-masing. Apakah mereka menyokong atau tidak menyokong kenyataan bahawa mereka telah berbohong di dalam dewan,” ulasnya. – HARAKAHDAILY 17/7/2019

- Advertisement -