Tubuh Cawangan DAP di Kelantan jadi lelucon rakyat

- Advertisement -
KOTA BHARU: Ketika Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengelirukan Dewan Rakyat, sebaliknya parti itu berangan-angan melebar pengaruh di Kelantan.
 
Semalam Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Ismail Sabri mengemukakan usul di atas dakwaan Guan Eng kutipan GST berjumlah RM19.4 bilion hilang ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.
 
Presiden Pertubuhan Pertahan Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, pemimpin utama DAP juga sebelum ini mengelirukan rakyat dengan dakwaan hutang meningkat sehingga RM1 trilion, sedangkan ia terbukti palsu.
 
“Penipuan demi penipuan yang dibuat cukup memalukan rakyat. Peliknya ketika pemimpin DAP dipertikaikan rakyat, parti itu berangan-agan mahu bertapak di Kelantan pula. 
 
“Rayat berasa malu dan perlu menolak kewujudan DAP di bumi Serambi Makkah. Cawangan sedia ada yang wujud juga elok dibubarkan,” katanya di sini.
 
Sebelum ini Pengerusi DAP Kelantan, Chua Chin Hui dilapor memberitahu parti itu mahu menubuh lebih 40 Cawangan baharu di Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
 
Kata Nazman kenyataan itu menjadi bahan lelucon rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/7/2019
- Advertisement -