Polis buru dalang kes bakar kereta Mufti Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Suspek utama kes bakar kereta rasmi Mufti Perlis, Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditangkap dan kini dalang kejadian tersebut sedang diburu polis.

- Advertisement -

Sebelum ini suspek yang dikenali Ahmad Mee, 48, atau Mee Tomoi yang berasal dari Kuala Ketil ditangkap pada 6 Julai lalu di rumahnya.

Ketua Polis Perlis, Dato’ Noor Mushar Mohd berkata, hasil siasatan mendapati suspek pertama mengaku melakukan jenayah tersebut dan kes tetak di rumah Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS).

“Kedua-dua kes ini sudah selesai dan orang kena tahan masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut untuk mencari dalang kes tersebut.

“Selain dari kes berkenaan OKT juga mempunyai 16 rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kes jenayah termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.

Pada 22 Mac lalu kereta rasmi Mufti Perlis dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Noor Mushar juga berkata, OKT dipercayai menjalankan kegiatan jenayah tersebut setelah dijanjikan bayaran upah oleh pihak ketiga yang belum dikenal pasti. – HARAKAHDAILY 16/7/2019

- Advertisement -