GST RM19.4b: Selepas bapa, LGE pula kelirukan awam

- Advertisement -
PENGERUSI Jawatankuasa Wang kira-Kira Negara (PAC) Dato’ Dr Noraini Ahmad telah merumuskan bahawa bayaran balik kutipan cukai GST sebanyak RM19.4 billion telah dipindahkan ke dana Akaun Hasil Yang Disatukan bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
 
Kenyataan PAC ini sekali gus membuktikan pemimpin utama DAP tidak memiliki integriti dan moral yang baik. Ini boleh dilihat kepada Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan yang acap kali serta diulang-ulang, baik dalam Parlimen mahupun dalam ceramah beliau kepada rakyat bahawa duit cukai GST RM19.4 billion telah di’rompak’ dan di salahgunakan oleh kerajaan sebelum ini, ia boleh dirujuk dalam liputan portal:
 
Astro Awani – Wang GST di ‘rompak’: utamakan siasatan awam terbuka (9 Ogos 2018)
 
Free Malaysia Today – ‘Kehilangan’ RM19 billion LGE beritahu Najib (18 Ogos 2018)
 
The Star- GST refund money ‘robbed’ by BN govt- says Guan Eng (7 Aug 2018)
 
Adakah kita rakyat boleh percaya lagi dengan LGE? Selain berbohong kepada rakyat dengan janji Manifesto PH, LGE juga telah mencalarkan imej dan kemuliaan Parlimen dengan jawapan, fakta dan data yang mengelirukan dewan serta tidak menghiraukan saranan pegawai-pegawai kerajaan yang jujur dan telus dalam Kementerian Kewangan.
 
PAS Sarawak menyambut baik tindakan pembangkang yang telah membawa usul Peraturan Mesyuarat 36(12) untuk merujuk LGE ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan kami menyokong laporan Polis yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin atas pendedahan laporan inkuari PAC agar suatu hukuman dikenakan atas sikap angkuh dan biadap LGE terhadap institusi tertinggi negara dan rakyat keseluruhannya.
 
“Demi Islam”
 
HAMDAN SANI
Ketua 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak
16 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 16/7/2019
- Advertisement -