Gesa siasatan bebas dakwaan rasuah Exco Perak

- Advertisement -
PARIT BUNTAR: PAS Negeri Perak menggesa agar siasatan telus dijalankan terhadap isu rasuah yang dikaitkan dengan Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung tanah di Tanjung Piandang, di sini.
 
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, siasatan itu diharap diselesaikan secara adil dan saksama tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak agar rakyat tidak menerima akibat.
 
Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri supaya berusaha untuk membela kebajikan rakyat dan bukan hanya berpolitik dengan memikirkan kepentingan diri semata-mata.
 
Beberapa hari lepas, Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean membuat laporan polis mendakwa seorang Exco membocorkan minit Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak.
 
Perbuatan itu dakwa Yong Kean, dilakukan Exco berkenaan bertujuan bagi mendapatkan komisyen daripada dua syarikat pertanian.
 
Ekoran isu ini, Razman bersama Setiausaha dan Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamarudin dan Ustaz Hafez Sabri turun ke lokasi melihat tanah yang dimaksudkan itu, semalam. – HARAKAHDAILY 16/7/2019
- Advertisement -