Futsal perkuat agenda Pemuda PAS Teluk Intan

- Advertisement -

TELUK INTAN: Islam menggalakkan setiap Muslim menjadi kuat dan berusaha untuk kuat selari kata-kata hukamak bahawa minda cerdas bermula dari badan yang cergas.

- Advertisement -

Atas dasar itu, Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Kampung Bahagia telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup, pagi semalam.

Pertandingan disertai sebanyak 16 pasukan dengan tujuh pemain itu telah berlangsung meriah penuh semangat kesukanan di di Gelanggang Futsal Kampung Bahagia, di sini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Firdaus Ziaudin, tujuan program ini adalah untuk mengumpulkan semua Pemuda PAS Cawangan-cawangan bagi menjalinkan ukhwah dan bersukan.

“Ukhwah, silaturahim dan semangat kerjasama itu penting bagi melahirkan Pemuda yang kuat, tangkas dan bertenaga serta berdaya saing agar lebih efektif menjalankan gerak kerja memenangkan Islam,” ujarnya.

Naib Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Azhar Rafie dalam ucapan perasmian beliau menyeru semua pemain agar ‘enjoy the game’ disamping menjaga adab-adab bersukan sepanjang perlawanan.

Beliau juga menitip pesanan agar Pemuda menjadi penentu hala tuju negara di mana sewajarnya peka dengan iklim politik semasa negara serta berusaha mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Pemuda Cawangan Batak Rabit muncul Juara diikuti Pemuda Cawangan Changkat Jong sebagai Naib Johan dengan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Pihak penganjur turut mengundang wakil Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi membuka kaunter daftar pemilih sepanjang perlawanan itu berlangsung. – HARAKAHDAILY 15/7/2019 

- Advertisement -