PAS angkat pendidikan sebagai tiang seri negara

KULIM: PAS bersungguh-sungguh mengangkat bidang pendidikan sebagai salah satu tiang seri pembangunan tamadun keinsanan disamping komited mempromosi sistem pendidikan berteraskan akidah, syariat dan akhlak.
 
Demikian antara yang diucapkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi ketika merasmikan sambutan Hari Guru PASTI Kedah 2019, di sini semalam.
 
Katanya lagi, majlis bertema “Guru Murabbi Penyatu Ummah”, membawa mesej signifikan mengenai peranan guru sebagai insan pendidik yang memikul tanggungjawab menyatukan masyarakat menerusi pendidikan. 
 
“Istilah ‘murabbi’ itu sebenarnya berada di tingkatan ke empat selepas ‘mudarris’,  ‘muallim’ dan ‘muaddib’. Manakala istilah tertinggi dalam haraki pendidik adalah ‘mursyid’. Setiap martabat pendidik ini melambangkan keilmuan, komitmen, profesyen serta displin yang dimiliki,” ulas beliau.
 
Majlis yang diadakan di Dewan Kolej Mara, Junjung itu diisi dengan pelbagai acara pertandingan untuk mencungkil bakat guru-guru, antaranya nasyid, gubahan dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 14/7/2019