PAS-Umno Jelutong pacu agenda penyatuan ummah

- Advertisement -

JELUTONG: PAS Kawasan Jelutong telah memenuhi undangan ke Persidangan Perwakilam Umno Bahagian Jelutong di Hotel Bayview, Batu Feringghi, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kehadiran tersebut menjadi isyarat kesediaan kedua pihak merealisasikan agenda penyatuan ummah melalui ta’awun antara PAS dan Umno yang telah terjalin pasca PRU14.

Yang DiPertua PAS Jelutong, Imran Mohd Saad menyifatkan kehadiran beliau bersama Ahli Jawatankuasa PAS Jelutong yang lain ke majlis itu sebagai detik sejarah kedua pihak.

Malah, beliau turut menyuarakan hasrat untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama kedua pihak menerusi penganjuran ceramah penyatuan ummah dalam masa terdekat.

Katanya, inisiatif itu diharap dapat menarik sokongan lebih ramai penduduk khususnya dalam Parlimen Jelutong kepada agenda ummah digerakkan bersama PAS dan Umno.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dasuki ketika merasmikan persidangan tersebut menyifatkan PAS sebagai sahabat seperjuangan kepada Umno.

Katanya, PAS mampu memberi keseimbangan kepada kekuatan dan kelemahan Umno, sekali gus menjadi formula terbaik menumbangkan PH pada PRU15 melalui penyatuan ummah.

Tegas beliau, penyatuan ummah yang berakar dari akidah Islam dan kepentingan agama serta bangsa itu mampu memberi impak positif dari kerjasama politik dijalankan kedua pihak. – HARAKAHDAILY 13/7/2019

- Advertisement -