SRITI tekad lahirkan guru berkualiti, pejuang Islam

- Advertisement -
IPOH: SRITI Negeri Perak konsisten untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti seiring perkembangan teknologi dan pendidikan semasa, demikian kata Pengarah SRITI Perak, Muhammad Zulfadli Zainal.
 
Penegasan tersebut dinyatakannya ketika berucap di Kursus Guru SRITI Perak di Bilik Seminar PASTI Negeri, di sini kelmarin.
 
Menurutnya, kursus yang direncana Jabatan SRITI ini merupakan proses bersiri dan konsisten bagi memastikan kuliti guru dipertingkatkan.
 
“Melihat kepada objektif SRITI Malaysia yang ingin melahirkan pelajar SRITI pintar, soleh dan murabbi, maka kemenjadian pelajar perlu diberi perhatian oleh setiap guru,” ujar beliau.
 
Justeru katanya, pengisian yang telah disilibuskan mesti sentiasa diterapkan kepada peserta dan ia memerlukan komitmen dari semua pihak pelbagai peringkat.
 
Beliau merujuk perkara tersebut iaitu Pengenalan SRITI, Tarbiyah Pendidikan, Kurikulum SRITI, Psikologi Murid, Nilai Kaffah, Pentaksiran Murid SRITI, Perkembangan Murid dan Keperluan Murid. 
 
Juga Psikologi Pendidikan dan Teori Personaliti, Pengurusan Stress, PdP Berkesan Abad Ke-21 dan Pedagogi Pendidikan dalam memenuhi matlamat melahirkan pejuang Islam.
 
Kursus selama dua hari ini telah dihadiri seramai 63 guru baharu daripada SRITI seluruh negeri Perak. – HARAKAHDAILY 9/7/2019
- Advertisement -