Sambutan Hari Guru PASTI Bukit Mertajam

- Advertisement -
BUKIT  MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI yang dilangsungkan di PASTI Hira’, Tasek Junjung, di sini semalam.
 
Penganjuran ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para guru PASTI dalam mendidik anak bangsa, serta meraikan sambutan sempena Hari Guru.
 
Ketua Penerangan PAS Bukit Mertajam, Azmi Jamri dalam ucapannya menghargai jasa para guru mengajar anak-anak mengenal huruf di mana kegigihan para guru telah menghasilkan murid PASTI yang soleh dan berjaya dalam hidup.
 
“Saya kagum dengan satu perkara yang ada dalam diri setiap guru, iaitu kesabaran yang sangat tinggi, walaupun ganjaran tidak setimpal dengan kerjaya sebagai guru.
 
“Saya percaya dengan keikhlasan kalian mendidik tanpa jemu, berkorban keringat tanpa mengeluh, itulah keberkatan yang diberikan oleh Allah S.W.T,” ujar beliau di mana majlis turut meraikan para guru dengan sumbangan khas serta simbolik memotong kek.
 
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Bukit Mertajam, Mohd Anuar Abdul Rahman telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Rosnani Harun daripada PASTI Cawangan Tasek Junjung. – HARAKAHDAILY 7/7/2019
- Advertisement -