Penerbangan terus Singapura-Kota Bharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Singapura menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi ketujuh di Malaysia.

- Advertisement -

Sebelum ini Scoot mengadakan penerbangan terus dari Singapura ke Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, Kota Bharu menjadi pilihan ketujuh bagi melaksanakan operasi di Malaysia.

Kata beliau pihaknya menyediakan tiga penerbangan pergi balik antara Singapura dan Kota Bharu setiap minggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat.

“Penumpang dari Kota Bharu boleh menjimatkan lebih dua jam masa perjalanan dengan terbang secara terus ke Singapura tanpa perlu berhenti di Kuala Lumpur.

“Kami memilih ibu negeri Kelantan kerana keindahan alam semula jadinya,” ujarnya ketika ditemui selepas pendaratan sulung penerbangan tersebut di sini kelmarin.

Ketibaan penumpang pesawat itu disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Dato’ Hassan Mohamood.

Seramai 130 penumpang menyertai penerbangan sulung Scoot dari Singapura menggunakan pesawat A320. – HARAKAHDAILY 4/7/2019

- Advertisement -