Rakyat Kelantan solidariti Dr Zakir Naik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketika India menuntut pendakwah terkenal Dr Zakir Naik diekstradisi ke negara itu, sebaliknya rakyat Kelantan melahirkan solidariti bersamanya.

- Advertisement -

Dr Zakir dijangka berada di Kelantan pada 7 hingga 10 Ogos hadapan sempena program ‘Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019’.

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program itu secara tidak langsung sebagai menyatakan sokongan terhadap Dr Zakir Naik.

Selain itu sebagai menyatakan sokongan terhadap pendirian tegas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengekstradisi pendakwah itu ke India.

Pendakwah terbabit dijangka menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian pada 9 Ogos.

Sebelum itu pagi 8 Ogos akan diadakan ‘executive talk’ bersama penjawat awam di Kota Darulnaim.

Selain itu, Dr Zakir akan menyampaikan wacana intelektual bersama pensyarah universiti dan golongan belia di Dewan Besar Kompleks Balai Islam Lundang pada malam 8 Ogos.

Manakala isterinya Farhat Naik akan menghadiri program bersama muslimat di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) pada petang 9 Ogos.

Kemuncaknya pada malam 9 Ogos iaitu Pidato Penyatuan Ummah bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV bermula Maghrib.

Pada malam itu juga akan diadakan kuliah Maghrib oleh ikon dakwah anak muda, Ustaz Azhar Idrus. – HARAKAHDAILY 3/7/2019

- Advertisement -