Kawal penggunaan telefon pintar oleh kanak-kanak

IPOH: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak mesti dikawal termasuk mencadangkan penggubalan undang-undang baharu berkaitan dengannya.
 
Ketua Muslimat PAS Negeri Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, ianya penting untuk mengelak pendedahan melampau terhadap kandungan diperolehi dari telefon pintar.
 
“Terutama pendedahan melampai kepada filem-filem porno sama ada melalui media elektronik atau digital dengan meningkatkan kawalan dan pantauan lebih ketat,” gesanya.
 
Beliau mengulas kejadian pelajar lelaki berusia 12 tahun yang ditahan reman atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Batu Gajah.
 
Paling utama seru Dr Najihah, semua pihak di dalam masyarakat juga perlu memainkan peranan memberi asuhan dan didikan murni sesuai ajaran Islam di mana kanak-kanak mesti dilindungi dan disayangi.
 
Beliau turut mengingatkan ahli PAS terutama anggota Muslimat untuk memperkasakan gerak kerja dakwah kepada masyarakat hingga pengislahan kepada Islam yang syumul terlaksana. – HARAKAHDAILY 3/7/2019