Had umur belia perlu lebih kajian dilakukan lagi

- Advertisement -
KUALA  LUMPUR: PAS mencadangkan supaya had umur belia diturunkan kepada 15 hingga 35 tahun dan bukan kepada 15 hingga 30 tahun.
 
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia akan menyebabkan ‘ruang vakum’ yang menyaksikan persatuan belia mati daripada digerakkan.
 
Hal ini jelasnya, kerana kebanyakan pemegang jawatan utama ini adalah daripada umur 30 hingga 40 tahun.
 
“Pada pendapat saya, perkara ini wajar difikirkan semula. PAS mengambil pendirian untuk menggesa kerajaan mengkaji semula Rang Undang Undang ini supaya dapat diturunkan kepada 35 tahun,” tambah beliau.
 
Dalam hal ini, PAS akan membuat penilaian terlebih dahulu sama ada menyokong atau menolak.
 
Menurutnya, ia berikutan PAS ingin kerajaan mengkaji apatah lagi Ahli-ahli Parlimen Kerajaan sendiri kelihatan bersetuju dengan cadangan daripada diturunkan kepada 35 tahun. – HARAKAHDAILY 3/7/2019
- Advertisement -