4 tahun penduduk hidu bau busuk

- Advertisement -

KUALA PERLIS: Sejak empat tahun lepas penduduk terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca daripada kilang pemprosesan dedak di kawasan perindustrian Kuala Perlis.

- Advertisement -

Sehingga sekarang setiap hari penduduk yang tinggal berdekatan terpaksa menghidu bau busuk.

Seorang pengusaha inap desa dan restoran Abdul Hamid Ahmad, 49 berkata, perniagaannya terjejas kerana pelancong tidak berminat lagi menginap di inap desa di kawasan tersebut.

“Apabila pelanggan mai (datang) makan di restoren, mereka akan tanya apa yang bau busuk ni, jadi saya terpaksa menerangkan keadaan sebenar setiap kali pelanggan tanya.

“Kadang-kadang mereka ingat bau busuk tu datang daripada sampah di kedai saya. Selalunya mereka tidak akan datang lagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Seorang penduduk, Ahmad Ismail, 66 berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut. – HARAKAHDAILY 3/7/2019

Pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak.

- Advertisement -