Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Titiwangsa meriah

- Advertisement -
TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dilangsungkan di Darul Ummah, Kampung Pandan, di sini kelmarin.
 
Ternyata acara tahunan ini telah mendapat sambutan meriah daripada penduduk pelbagai latar belakang agama merentasi sempadan politik, sekali gus memberi mesej penyatuan.
 
Para tetamu yang hadir telah disambut dan diraikan mesra oleh pimpinan PAS Titiwangsa diketuai Yang DiPertua, Khairul Anuar Abdul Manap termasuk Pemuda dan Muslimat.
 
Hadir sama adalah Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani yang dalam ucapannya mengulas bahawa muafakat PAS dan Umno ke arah memperkuatkan Melayu dan Islam.
 
Pelbagai juadah istimewa disajikan sepanjang acara berlangsung seperti nasi tomato, sate, mee bandung, bubur durian dan banyak lagi dengan semua gerai dikelola oleh PAS Cawangan-cawangan. – HARAKAHDAILY 2/7/2019
- Advertisement -