Ijtimak Muslimat Kampar suntik semangat juang

- Advertisement -
KAMPAR: Ijtimak Muslimat PAS Kawasan Kampar 1.0 telah berlangsung dengan kehadiran seramai 163 peserta pada program yang dilangsungkan di Markas PAS Kampar, Malim Nawar, di sini kelmarin.
 
Pengisian disampaikan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustazah Dr Uswah Tahir dan Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor serta Timbalan Ketua Muslimat PAS Perak, Ustazah Rohaya Bakar.
 
Dr Uswah membentangkan tajuk “Akhlak dan Wala’ Dalam Konteks Harakah Islamiyah PAS” antaranya menekankan perkara penting berjamaah iaitu ikhlas, yakin janji Allah, istiqamah, taat dan wala’ serta berdisiplin.
 
Seru beliau, orang yang berjuang di jalan Allah mesti meyakini akan mendapat kemenangan yakni sekiranya tidak di dunia, pasti akan dikurniakan kemenangan hakiki di akhirat kelak.
 
Manakala Ustazah Salamiah pula mengupas tajuk “Tarbiyah Ruhiyah dan Kepentingannya Menurut Surah Al-Muzammil” di mana menekankan kepentingannya dalam mencapai matlamat akhir perjuangan.
 
Iaitulah tekannya, bagi mendapat keredaan Allah S.W.T dan tidak tercicir di persimpangan jalan di mana semua itu dipupuk jiwa dengan mencintai al-Quran sebagai hiburan terindah dan istiqamah berqiamullail.
 
Program penuh panduan dan inspirasi terhadap perjuangan ini turut disemangatkan dengan slot solidariti khas buat Ustazah Salamiah menyokong pendirian Dewan Muslimat berkenaan isu sekolah vernakular. – HARAKAHDAILY 2/7/2019
- Advertisement -