Apa usaha perkasa pelancongan Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mempersoalkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sama ada usaha untuk memperkasakan pelancongan di Terenganu akan turut diperkasakan di negeri lain khususnya Kelantan.

- Advertisement -

Bagaimanapun persoalan tersebut tidak berbalas dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik hanya menjawab persoalan mengenai isu penyelenggaraan yang turut dipersoalkan Siti Zailah.

“Soalnya ialah penyelenggaraan, banyak isu penyelenggaraan yang kita tengok menyebabkan hasil pelancongan tidak mendapat hasil yang lumayan sebagai mana yang menjadi target.

“Jadi saya ingin tahu sejauh mana kajian yang telah dibuat untuk memastikan pelaburan yang telah diberi ini menjadi impak yang besar kepada pelancongan,” ujarnya.

Menjawab persolan tersebut, Muhammad Bakhtiar berkata, tugas penyelenggaraan terhadap mana-mana infrastuktur yang disediakan Kementerian Pelancongan akan diserahkan kepada pihak berkuasa negeri masing-masing seperti pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perhilitan dan sebagainya.

“Dan adakah program sebagaimana yang disebutkan akan dibuat sebagaimana di Terengganu, akan dibuat juga di negeri lain termasuk Kelantan? Minta penjelasan,” soalnya ketika diberi keizinan untuk mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya telah memperuntukan sebanyak RM25.6 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membiayai 23 buah projek pelancongan di Terengganu termasuk membangunkan Pusat Perkhidmatan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir yang bernilai RM3.4 juta. – HARAKAHDAILY 2/7/2019

- Advertisement -