Tak sokong melainkan pinda merujuk undang-undang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS tidak menyokong usul isytihar harta melainkan ia dipinda merujuk kepada undang-undang, tegas Timbalan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

- Advertisement -

Malah katanya, usul berkenaan pengisytiharan harta tersebut perlu diteliti mengikut peraturan yang ada serta tujuan sebenar usul itu dikemukakan mengikut peraturan.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, melihat secara logiknya, pemimpin kerajaan harus mengisytiharkan harta kerana memiliki akses kepada semua projek kerajaan.

Katanya, bukan melibatkan ahli parlimen, memandangkan mereka tiada akses dan kelulusan kepada projek-projek kerajaan, yang mungkin tiada elemen rasuah.

“Dalam Islam ada hadis yang mengatakan, hendaklah kamu jangan ghairah menceritakan sesuatu kurniaan Tuhan berikan kepada kamu, hendaklah kamu sembunyikan. Kenapa…kerana setiap harta yang kita miliki ada pendengki kepada harta tersebut,” katanya.

Menurutnya, dalam ingin melaksanakan sesuatu perkara perlu ada sandaran yang kukuh dan soal keselamatan.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak PAS tiada masalah untuk mengisytiharkan harta jika mengikut prosedur yang ada.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan berkenaan tujuan usul tersebut dikemukakan kerana negara ini jelas mempunyai undang-undang berhubung harta dan pendapatan seseorang.

Dalam konteks usul berkenaan beliau turut mencadangkan supaya pengisytiharan boleh dilakukan, namun dalam waktu yang sama keselamatan orang yang mengisytiharkan harta dan keuarga perlu dijaga.

Ini katanya, ia bukan sahaja soal pengisytiharan harta sahaja namun implikasi serta beberapa aspek yang lain juga perlu dilihat. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

- Advertisement -