Pemuda K Kangsar terus tradisi Jamuan Raya Rakyat

- Advertisement -

KUALA  KANGSAR: Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar telah menganjurkan Jamuan Rakyat Sempena Aidil Fitri di Pejabat PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di sini semalam.

- Advertisement -

Program dengan kerjasama Pemuda PAS Negeri Perak merupakan aktiviti tahunan Pemuda PAS Kuala Kangsar yang menunjukkan kemampuan anak muda mengadakan program untuk rakyat.

Menariknya, majlis ini turut dihadiri tetamu pelbagai bangsa yang bermakna PAS masih diterima masyarakat bukan beragama Islam, selain kemeriahan persembahan busking.

Selain itu, turut diadakan adalah kaunter daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selain kaunter keahlian DACS, Jabatan Amal dan Briged Muslimat serta Ameerah.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait dalam ucapannya menyeru anak muda memainkan peranan mereka dengan menjai pengundi serta memilih PAS pada PRU15 nanti.

Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Omar Adam berkata, program ini adalah hasil kolaborasi para Pemuda PAS Cawangan-cawangan yang bukan sahaja menyumbang tenaga, tetapi juga wang ringgit.

Malah maklum beliau, kesungguhan anggota Pemudanya di seluruh PAS Cawangan dalam Kuala Kangsar telah bersiap siaga menghadapi PRU15 akan datang. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

IMG 20190701 WA0066

IMG 20190701 WA0067

- Advertisement -