Lagak Menteri Kewangan dahului tindakan SPRM

image
- Advertisement -
BANGI: Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim membidas dan mempersoalkan tindakan lagak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dilihat cuba untuk mengambil alih tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
 
Tempelaknya, Setiausaha DAP itu ternyata mendahului SPRM apabila mengeluarkan kenyataan mengaitkan senarai 41 nama penerima wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai belum muktamad.
 
Lim Guan Eng sebelum ini mengulas desakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkaitan gesaan memohon maaf terhadap PAS atas tuduhan menerima wang 1MDB.
 
Malah, Ahli Parlimen Bagan itu juga dilihat angkuh apabila turut mendesak para penerima wang 1MDB segera memulangkan wang berkenaan kepada Kementerian Kewangan.
 
Awang menegur tindakan Guan Eng itu yang secara nyata sudah melangkaui dari bidang kuasa dan tugas beliau sebagai Menteri Kewangan. 
 
“Siapa sebenarnya yang membuat penyiasatan, adakah Menteri Kewangan yang membuat penyiasatan tentang salah laku semua rasuah serta perkara yang berlaku dalam negara ini selepas PRU14 yang lalu.
 
“Kenapa Pihak SPRM tidak membuat kenyataan hasil semak siastan yang dibuat oleh pihaknya, kenapa Menteri Kewangan membuat kenyataan, adakah dia bercakap bagi pihak SPRM?,” soal beliau.
 
Tindakan Guan Eng itu juga bidas Awang, bermakna kuasa ‘Eksekutif dan Legislatif’ telah bercampur aduk, malah tindakan begitu merupakan satu kekeliruan yang berkecamuk dalam Kerajaan PH. – HARAKAHDAILY 1/7/2019
- Advertisement -