Sambutan Aidil Fitri PAS Lumut perkukuh ukhuwah

- Advertisement -
LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang dilangsungkan di Padang Stesen Bas Manjung, Seri Manjung, di sini pagi semalam.
 
Sekitar 1,500 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, umur dan kaum hadir termasuk kepimpinan Umno Bahagian Lumut yang diraikan Yang DiPertua PAS Lumut, Rasli Abdul Rahman.
 
Hadir sama mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi MIC Bahagian Lumut diketuai Dato’ Elango Vadiveloo, serta mantan Yang DiPertua PAS Lumut, Noh Ahmad.
 
Majlis ini dimeriahkan dengan semua PAS Cawangan dalam Kawasan saling bergotong-royong menjayakannya dengan menyediakan juadah dan menyambut kehadiran tetamu.
 
Kemesraan hadirin bersama pimpinan dan ahli PAS terserlah dengan saling bermaafan selain majlis turut diserikan juga oleh pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. – HARAKAHDAILY 30/6/2019
IMG 20190630 WA0014
 
IMG 20190630 WA0015
- Advertisement -