Al-Kahfi: Imuniti fitnah Dajjal akhir zaman (34)

- Advertisement -

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا 

- Advertisement -

“Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau didatangi azab yang dilihat dan dihadapi.”

Penekanan utama ayat:

●     Sunnah terdahulu

Hidup ini umpama roda. Berputar pada kisah yang sama. Jalan cerita yang sama. Yang berbeza hanyalah watak dan sama. Justeru itulah kisah umat-umat terdahulu didatangkan supaya kesilapan mereka tidak diulang, yang akan menyebabkan kita menerima nasib sama seperti mereka

Ibrah akhir zaman:

Ayat ini mengisahkan sikap golongan yang kufur terhadap Allah S.W.T. Telah didatangkan kepada mereka hidayah petunjuk, namun mereka tetap enggan menerimanya. Bukan itu sahaja, malah mereka cuba mencabar kuasa tuhan sekiranya Allah adalah tuhan, maka datangkan bala sebagaimana yang telah ditimpakan terhadap umat sebelum ini.

Mencabar kuasa tuhan merupakan perangai orang kafir zaman berzaman. Mereka akan mempertikaikan segala perkara yang datang dari Islam hinggalah kepada bab ketuhanan. Walaupun kepercayaan mereka sendiri penuh dengan keraguan, tetapi mereka masih sombong untuk menerima Islam sebagai agama yang benar.

Allah menjanjikan kepada golongan yang kufur ini kebinasaan sebagaimana biasa umat terdahulu yang kufur terhadap risalah yang dibawa Nabi mereka. Berbagai bentuk azab yang menimpa umat terdahulu. Ia akan terus berulang dan berulang selagi mana wujud kekufuran dan keingkaran untuk mengikut jalan petunjuk. Firman Allah S.W.T:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

[al-Ankabut:40]

Walau bagaimanapun, umat Muhammad ini agak istimewa berbanding umat-umat terdahulu. Berkat doa Baginda S.A.W, umat ini tidak akan ditimpa azab kesusahan yang panjang. Sabda Rasulullah S.A.W:

إنَّ الله زَوَى لي الأرضَ فرأيتُ مشارقها ومغاربها، وإن أمتي سيبلغ ملكُها ما زُوي لي منها، وأُعطيت الكنزين الأحمر والأبيض, وإني سألت ربي لأمتي أن لا يُهلكها بسنةٍ عامةٍ، وأن لا يُسلِّط عليهم عدواً من سوى أنفسهم فيستبيح بيضتهم، وإنَّ ربي قال: يا مُحمَّدُ إني إذا قضيتُ قضاءً فإنَّهُ لا يُردُّ، وإني أعطيتُك لأمتك أنْ لا أهلكهم بسنةٍ عامةٍ, وأنْ لا أسلطَ عليهم عدواً مِن سوى أنفسِهم يستبيحُ بيضتَهم ولو اجتمعَ عليهم مَن بأقطارِها حَتَّى يكونَ بعضُهم يُهلك بعضاً، ويسبي بعضُهم بعضاً 

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memperlihatkan kepada ku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummat ku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta’ala kepada ku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummat ku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhan ku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila Aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doa mu untuk umat mu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan.”

[HR Muslim]

Bezanya lagi umat terdahulu dan sekarang adalah, apabila ditimpa bala yang membinasakan umat terdahulu, tuhan akan gantikan dengan umat yang lain. Firman Allah S.W.T:

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

“Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?”

[Al-Anaam:6]

Kita pula adalah umat terakhir. Kebinasaan umat ini adalah dengan kebinasaan seluruh alam dunia. Sebelum kebinasaan tersebut, hanya berlaku beberapa bala bencana di tempat-tempat tertentu sebagai suatu azab sebelum azab kebinasaan terbesar dalam sejarah dunia.

Walaupun ia masih belum berlaku, tetapi ia pasti akan berlaku. Telah diperingatkan di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis Nabi lebih 1400 tahun yang lalu. Justeru sebagai umat ini, kita sebenarnya cukup beruntung jika dibandingkan dengan umat sebelum ini. Amaran telah diberikan ribuan tahun lebih awal. Dan kita memiliki tempoh yang amat panjang untuk bertaubat dari segala kesalahan dan kembali ke pangkal jalan.

Sikap manusia akhir zaman ini yang cuba mencabar kuasa tuhan, terutama kalangan Yahudi yang disifatkan sebagai golongan yang dimurkai (al-Fatihah:7) tidak ubah seperti sikap golongan terdahulu yang dibinasakan. Walaupun Yahudi sebenarnya tahu kebenaran risalah akhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W, namun mereka enggan mengikutinya. Malah mereka sanggup mengubah ajaran mereka supaya tidak memperlihatkan kebenaran ajaran Islam.

Bukan itu sahaja, mereka cuba untuk melawan takdir Allah yang dinyatakan di dalam al-Quran mengenai kaum Yahudi, Dajjal, hari kiamat dan seumpamanya. Malah mereka menunggu saat tersebut bagi menafikan kalamullah mengenai kebinasaan mereka. Mereka merampas Baitulmaqdis, mahu meruntuhkan Masjidilaqsa bagi membina Haikal Sulaiman, menunggu Dajjal sebagai pemimpin bagi memerangi orang Islam walaupun mereka tahu, Dajjal adalah al-Masih palsu lagi buta.

Allah menjanjikan Yahudi akan binasa sebelum hari kiamat. Mereka akan dibunuh di tangan umat Islam. Sabda Rasulullah S.A.W:

لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود حتى يختبئ اليهودي وراء الحجر والشجر فيقول الحجر والشجر: يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله، إلا الغرقد

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga Yahudi diperangi, sehingga mereka bersembunyi di balik pokok dan batu. Maka berkatalah pokok dan kayu: “Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia.” Kecuali Gharqad.”

[HR Bukhari & Muslim]

(ALANG IBN SHUKRIMUN) – HARAKAHDAILY 30/6/2019

- Advertisement -