Tragedi alam sekitar: PITAS2030 ada solusi

IMG 20190628 WA0001
- Advertisement -
RUNTUHAN di Tanjung Bungah, Penang, pencemaran Sungai Kim Kim, Johor, banjir kilat di Lembah Klang dan banyak lagi adalah contoh pembangunan yang tidak lestari. Ini bukan kali pertama. Bahkan makin menjadi-jadi.
 
Bencana alam yang berlaku adalah angkara ketamakan manusia sendiri yang rakus mengaut keuntungan cepat semata-mata. Firman Allah S.W.T:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
[Ar-Rum: 41]
 
Sedangkan di dalam Islam, tugas manusia selain dari beribadah dan menjadi menjadi khalifah, mereka juga perlu mengimarahkan bumi ini dengan lestari. Firman Allah S.W.T:
 هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱسۡتَعۡمَرَكُمۡ
“Dia-lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya.”
[Hud: 61]
 
Manusia meletakkan ekonomi sebagai asas kesejahteraan. Sedangkan mereka lupa, sekiranya kerosakan alam berlaku, kos untuk memulihkannya jauh lebih besar. Kos yang akan bertambah adalah dari sudut kesihatan, pengurusan bencana, kawalan keselamatan, baik pulih bangunan dan banyak lagi. 
 
Ekonomi tanpa memikirkan aspek sosial juga akan lebih membebankan negara. Kerana keuntungan perniagaan judi, arak dan pusat hiburan, bakal mengakibatkan keruntuhan moral dan juga jenayah. Akhirnya kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk mewujudkan pusat serenti, rawatan AIDS, HIV, menambah anggota keselamatan dan berbagai agensi lain.
 
Inikah kebijaksanaan ekonomi?
 
Sedangkan konsep Islam sangat mudah. Ekonomi mestilah menyumbang kepada pembangunan sosial. Pembangunan sosial pula perlulah mengambil kira soal kelestarian alam. Dan paling penting, semua itu perlulah berpandukan kepada syariat Islam. Barulah bala bencana kemurkaan Allah tidak menimpa.
 
Susah faham? Sini saya lukiskan gambarajah sebagai panduan. Sebenarnya inilah prinsip pembangunan yang diusahakan melalui Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030). Supaya negeri berjaya mencapai wawasan Maju, Berkat dan Sejahtera.
 
Negeri lain pun mahu? Kami sedia membantu!
 
ALANG IBN SHUKRIMUN – HARAKAHDAILY 28/6/2019
IMG 20190628 WA0001
 
 
- Advertisement -