Tiada perubahan pasca Kertas Puteh Felda

- Advertisement -

KOTA BHARU: Walaupun kerajaan sudah membentangkan kertas putih sebagai rangka memulihkan Felda di Dewan Rakyat sebelum ini pun namun sehingga sekarang ia tidak memperlihatkan perubahannya.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Felda Plantation masih banyak lagi memiliki tanah yang belum ditanam semula.

Katanya keadaan itu antara faktor menyebabkan saham Felda Global Venture (FGV) terus merudum dan nasib peneroka terabai.

“Kerajaan juga perlu mencari alternatif masalah pasaran sawit di China, saya pernah cadangkan di Parlimen supaya menumpukan jualan di negara-negara lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada 10 April lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membentangkan Kertas Putih Felda sebagai pelan tindakan mengatasi kelemahan pengurusan agensi itu.

Kertas Putih terbabit bertajuk ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ antara lain mengemukakan usaha kerajaan melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Felda juga dilanda kemelut apabila pengerusinya Tan Sri Megat Zaharuddin Mohd Nor meletak jawatan semalam biarpun baru menerajui agensi itu pada 27 Julai 2018. – HARAKAHDAILY 276/2019

- Advertisement -