Pemuda alu pelantikan Pengarah Pendidikan Perak

- Advertisement -
IPOH: Pemuda PAS menyambut baik lantikan Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baru atas kepakaran dimiliki beliau dalam bidang pendidikan.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata, PAS konsisten berpendirian bahawa sektor-sektor awam di dalam kerajaan hendaklah diterajui oleh ahli yang profesional, berkepakaran dan tidak mempunyai kepentingan politik.
 
“Berikan mandat kepercayaan kepada orang yang berkeahlian menjalankan tugasnya bagi memartabatkan sistem pendidikan negara demi menjana rakyat yang berakhlak dan berpendidikan. 
 
Pemuda PAS mendoakan agar Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali diberi kekuatan memimpin JPN Perak dengan baik dan penuh dedikasi,” ujarnya.
 
Dr Mohd Suhaimi diumumkan mengisi jawatan tersebut yang telah kosong sejak tujuh bulan lalu dan pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, kelmarin. – HARAKAHDAILY 27/6/2019
- Advertisement -