PAS Pahang lebar taawun bersama MIC

- Advertisement -

TEMERLOH: PAS Pahang melebarkan taawun siyasi dengan MIC sebagai persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, kesediaan kedua-dua pihak mengadakan kerjasama bagi memastikan Pahang tidak berdepan dengan masalah seperti PRU lepas.

Katanya MIC menyatakan kesanggupan membantu PAS di Pahang dalam program melibatkan masyarakat India di negeri itu.

“PAS juga bersedia menyertai dan mengundang MIC menghadiri program membabitkan kedua-dua parti.

“Berdasar pengalaman PRU 14 bertembungan sesama sendiri boleh merugikan kedua-dua pihak,” katanya selepas menerima kunjungan pemimpin MIC Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat N Balasubramanian dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor. – HARAKAHDAILY 27/6/2019

- Advertisement -