Kronologi isu tipu daya jajaran LRT di MSNB

IMG 20190625 WA0020
- Advertisement -
KRONOLOGI:
 
Tahun 1880-an
Masjid dibina atas tanah wakaf sebagai lambang wujudnya penempatan Melayu Islam di Sungai Nibong atas nama Masjid Sungai Nibong Besar (MSNB).
 
Tahun 2012
Cari dana untuk besarkan masjid. Kos RM8 juta (RM4 juta MAINPP dan RM4 juta MSNB) untuk 6 tingkat.
 
Oktober 2017
Kos pembinaan terus meningkat menyebabkan masjid hanya mampu buat 3 tingkat. 
 
Perbincangan demi perbincangan dilakukan dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
 
Pihak MSNB termaklum jajaran LRT melalui belakang masjid di atas tanah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
 
10 Mei 2019
Masjid dirobohkan untuk pembinaan masjid baru. Projek pembinaan terus dijalankan selepas dirobohkan.
 
25 Mei 2019
Pihak jawatankuasa MSNB dipanggil untuk pemakluman jajaran LRT diubah melalu hadapan masjid. Masjid terpaksa diinjakkan ke belakang sehingga masuk tanah MBPP. 30 peratus tanah wakaf akan terkesan daripada jajaran ini.
 
Pihak MSNB tidak bersetuju. Memberikan beberapa cadangan lain. Pada ketika ini juga setiausaha masjid bertanya status pembinaan masjid. Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 kata teruskan dulu pembinaan.
 
Pembinaan masjid telah diarahkan untuk berhenti oleh orang atas.
 
Akhirnya isu ini dibawa ke pihak mufti untuk diselesaikan memandangkan melibatkan tanah wakaf.
 
18 Jun 2019
Himpunan bantahan dilakukan di tapak MSNB.
 
20 Jun 2019
Perbentangan kepada Majlis Mufti bantahan pihak MSNB tentang perubahan jajaran.
 
21 Jun 2019
Bantahan dibuat di KOMTAR.
 
Info tambahan: 
1.    Sebelum mesyuarat perubahan jajaran, ada orang Melayu yang datang menawarkan tanah untuk dibuat di tempat lain. 
 
Tetapi pihak masjid tidak mahu. Sekiranya hendak diberi sepatutnya sebelum roboh masjid lagi sudah diberi.
 
2.    Terdapat tanda pada kubur. Info dalaman yang diperolehi ialah kawasan kubur juga akan digunakan dalam pembinaan jajaran baru LRT nanti.
 
MOHD FARHAN YUSRI
Ketua Penerangan
PAS Kawasan Bayan Baru – HARAKAHDAILY 27/6/2019
IMG 20190625 WA0026
- Advertisement -