Peralihan kuasa boleh ganggu kestabilan

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menyifatkan agenda pembangunan negara serta kestabilan politik terganggu sekiranya peralihan kuasa dilaksana tanpa genap sepenggal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya Perdana Menteri masih boleh mengurus dengan baik, peluang harus diberi kepadanya.

“Kalau beliau masih boleh mentadbir dan ada kemampuan lagi, tugas sebagai Perdana Menteri harus diteruskan kecuali dia tidak mampu dan uzur,” katanya di sini.

Beliau ditemui pada majlis Hari Raya anjuran Yayasan Amanah Tok Kenali dan Urusetia Pembangunan Penghulu Kelantan di Syabab Point hari ini.

Isnin lepas, Dr Mahathir dilapor berkata, beliau tekad untuk menyelesaikan hutang negara dan tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri melebihi tiga tahun.

Baru-baru ini, kumpulan Otai Reformasi 1998 mendesak Dr Mahathir supaya menetapkan garis masa penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Malah berdasar banyak kenyataan sebelum ini Anwar kelihatan begitu ghairah bagi menggantikan Dr Mahathir. – HARAKAHDAILY 26/6/2019

- Advertisement -