Kes Hospital Pakar Putra dendam politik DAP

- Advertisement -
DAP semakin ketara menyerlahkan watak Abang Besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ Kerajaan Negeri Melaka. Sekali gus bermakna Ketua Menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘Pak Turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP. 
 
Bererti juga PAN sebagaimana sejarah kemunculan parti itu, sememangnya dibayangi dan ditaja oleh DAP. Kerana itu ketika mengambil alih pentadbiran negeri ini, Beliau paling awal merealisasikan agenda DAP menerusi pendidikan dengan turut sama mengiktiraf UEC.
 
Malah, dalam banyak keceluparan dan kebiadaban DAP terhadap hal ehwal kepentingan agama dan umat Islam, termasuk Melayu, beliau dan PAN hanya diam membisu. Tidak hairan ketika ini apabila bangsa sendiri ditindas, mereka langsung tidak memberi sebarang reaksi.
 
Terkini DAP dilihat sedang menguasai secara politik kedudukan di Hospital Pakar Putra milik salah satu GLC Kerajaan Negeri Melaka. Di mana kemasukan anggota DAP ke hospital ini adalah dengan menyingkirkan sama pengurusan tertinggi dari kalangan orang Melayu Islam.
 
Malah, ia bukan sahaja bermotif politik jawatan dan kepentingan, tetapi juga mengheret sama sikap fanatik perkauman melampau oleh DAP. Kakitangan berkenaan telah mendakwa diberi tekanan, ditindas dan ditamatkan perkhidmatan, selain tidak dibayar pampasan sewajarnya.
 
Apakah sikap ini sengaja dibiarkan kerana beliau dan PAN juga ‘kenyang dan selesa’ dengan pelbagai jawatan, termasuk untuk kaum keluarga terdekat (kroni) yang direstui DAP? Maka, atas ‘ikatan’ yang dibelenggu kepada tengkuk masing-masing, dendam DAP inipun didiamkan?
 
Sehubungan itu kami menggesa Ketua Menteri tampil menzahirkan pendiriannya, sama ada berdiri dan menjadi pembela DAP atau pihak yang teraniaya ini. Ambil tindakan sewajarnya berpaksikan kebenaran dan tidak menjadi bacul dengan tunduk kepada DAP melihat bangsa sendiri ditindas.
 
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Demi Islam”
 
AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 26/6/2019
- Advertisement -