K’jaan DAP mungkir janji, heret Mufti guna ‘istibdal’

BAYAN  BARU: Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Korsortium SRS dilihat cuba mengheret institusi Mufti untuk diperalat secara berkepentingan dalam isu Masjid Sungai Nibong Besar, di sini.
 
Pengerusi NGO Teroka, Zikrullah Ismail berkata, ketika ini sudah diutarakan beberapa pihak mengenai kaedah ‘Istibdal’ tanah wakaf yang kelihatan sebagai langkah kepada plot seterusnya.
 
Jelas beliau, plot tersebut berawal dengan pihak kerajaan negeri dan pemaju menzahirkan kesungguhan mereka mendapat pandangan Mufti yang dilihat cuba menghalalkan tindakan mereka hanya setelah Masjid Sungai Nibong Besar dirobohkan.
 
Apatah lagi katanya, pihak Mufti yang berautoriti dalam hal tersebut telah lebih dahulu menyebut mengenai ‘maslahah’ di mana menggambarkan pembangunan tersebut untuk umum.
 
Walhal pertikai beliau, wujud penipuan di mana kerajaan negeri dan pemaju tidak jujur dan berpegang janji di mana berbangkit jajaran alternatif setelah masjid tersebut dirobohkan.
 
Sedangkan katanya, ia tidak wujud sebelum itu, sekali gus bermakna kaedah ‘Istibdal’ tersebut sedang dijadikan hujah untuk membolehkan tindakan mereka mengambil tanah wakaf tersebut.
 
Minggu lalu penduduk dan ahli kariah Masjid Sungai Nibong Besar mengadakan himpunan bantahan rancangan pengambilan tanah wakaf masjid di hadapan Bangunan Komtar, George Town. 
 
Pengambilan tersebut adalah bagi sebahagian projek laluan Aliran Transit Ringan (LRT), namun dilihat banyak pihak sebagai satu lagi usaha pihak berkenaan ‘mengusir’ penduduk Melayu-Islam.
 
Sementara itu dalam tinjauan di masjid tersebut telah menemui beberapa kayu tanda di atas tanah kubur yang dipercayai berkaitan dengan ukuran bagi pembinaan projek tersebut. – HARAKAHDAILY 25/6/2019
IMG 20190625 WA0018
 
IMG 20190625 WA0020
 
IMG 20190625 WA0021