Sambutan Hari Guru dan Hari Raya PASTI Perak

- Advertisement -
BAGAN  SERAI: Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya PASTI Negeri Perak telah dilangsungkan penuh ceria dan gilang-gemilang di Dewan Kaloi, Bukit Merah Lake Resort, di sini kelmarin.
 
Perbagai pertandingan diadakan sempena sambutan tersebut melibatkan guru-guru PASTI Kawasan antaranya gubahan udang goreng kunyit dan juga hiasan gubahan gula-gula.
 
Paling penting turut dipertandingkan adalah mencipta bahan bantu mengajar yang telah diinovasikan di mana sangat menyerlahkan kesungguhan selaku pendidik.
 
Pada majlis tersebut juga seramai 24 guru menerima Anugerah Guru Cemerlang, selain turut disampaikan Anugerah Tokoh Guru PASTI dan Anugerah Guru PASTI Paling Lama Berkhidmat.
 
Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Pengarah PASTI Perak, Mohd Azhari Yahya bertajuk “Amanat Terakhir: Bahagia”, serta cabutan bertuah juga diadakan.
 
Majlis jamuan turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan Pengerusi Majlis Guru PASTI Perak, Faridah Dawam. – HARAKAHDAILY 24/6/2019
- Advertisement -