Kaji PI: Sokong Mufti Perak, tindakan KPM tidak wajar

- Advertisement -
IPOH: Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu mengadakan kajian secara terbuka berkaitan silibus Pendidikan Islam (PI) adalah tidak wajar dan mengundang kegusaran banyak pihak.
 
Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait menegaskan bahawa perkara tersebut menimbulkan kegusaran di mana ia sewajarnya hanya melibatkan ahli berkelayakan.
 
Beliau juga mempersoalkan kajian tersebut hanya kepada silibus Pendidikan Islam dan tidaknya pada semua mata pelajaran lain menyebabkan timbul isu sensitiviti berkait hal ehwal agama Islam.
 
“Agama adalah hal kepercayaan, memanggil sebarang orang boleh heret salah faham dan ganggu gugat hak beragama khususnya Islam yang dijamin Perlembagaan,” ulas beliau.
 
Sehubungan itu katanya, pihak beliau menyokong penuh Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Harussani Zakaria yang menyuarakan sebaliknya supaya mata pelajaran tersebut ditambahbaik lagi. – HARAKAHDAILY 24/6/2019
- Advertisement -