RM90 juta: Maklumat ‘jin PAN’ tersasar

IDRIS
- Advertisement -

KUANTAN: Isu PAS menerima wang RM90 juta daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap diambil daripada sumber jin kerana gagal mendapatkan maklumat sahih.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS sejak awal lagi menafikan dakwaan itu yang sering dilemparkan Parti Amanah Negara (PAN) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sehingga mengulangi fitnah tersebut.

Katanya, maklumat itu seolah-olah diambil daripada jin yang membawa berita tanpa kebenaran.

“Bagaimanapun kita mengucap tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membersihkan PAS daripada 41 senarai penerima wang 1MDB.

“Tuduhan kepada PAS terima RM90 juta bukan nilai yang kecil yang boleh disimpan di bawah bantal mahupun tabung buluh sudah tentu masuk dalam akaun di bank dan sebagainya.

“Tetapi benda itu tidak berlaku termasuk dakwaan yang dibawa oleh jin menyampaikan maklumat, mungkin jin itu tidak cukup makan tulang,” katanya ketika ditemui di Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Indera Mahkota, semalam.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menyenaraikan seramai 41 responden kepada permohonan lucut hak berkaitan 1MDB. – HARAKAHDAILY 23/6/2019

- Advertisement -