Wujud platform suarakan isu Labuan, Sabah, Sarawak

- Advertisement -

KUANTAN: PAS Wilayah Persekutuan mengharapkan PAS mewujudkan satu platform sebagai ruangan untuk menyuarakan isu-isu yang berlaku di Labuan, Sabah, Sarawak dan kawaan-kawaan yang tidak mempunyai ahli parlimen PAS.

- Advertisement -

“Kita ada bilangan ahli parlimen PAS yang terhad, contoh di Labuan tidak ada ahli parlimen yang boleh suarakan isu-isu di Labuan kepada parlimen.

“Kita minta supaya platform ini diwujudkan untuk memudahkan kita menyalurkan maklumat supaya ahli parlimen kita boleh bahas isu Labuan dan kawasan-kawasan yang tidak ada ahli parlimen,” kata pembahas Wilayah Persekutuan, Hamir Zahari selepas menyampaikan perbahasan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar Tahunan PAS ke-65, Stadium Tertutup SUKPA, di sini pagi tadi.

Beliau juga mengharapkan menekankan akan kemenangan PAS dalam pilihan raya akan datang untuk memperjuangkan hak pribumi Labuan yang seolah-olah dianaktirikan.

“Asalnya Labuan adalah sebahagian daripada negara Brunei, rakyat Labuan merasakan ketinggalan daripada arus perdana. Ramailah suara rakyat Labuan berkata kalau macam ini (PH menang) lebih baik kita kembali duduk di Brunei daripada kita duduk di sini seolah-olah kita dianaktirikan.

“Daripada hujah saya itu, andai kata Pilihan Raya Umum akan datang ini PAS dan kesatuan ummah memerintah, kita akan ‘stay‘ sebab kita boleh berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Tapi kalau PH menang, kita macam patah harapan. Kalau macam ini kita buat pungutan suara kita usulkan untuk balik ke Brunei,” katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 22/6/2019

- Advertisement -