Perlu kuasai semula Putrajaya – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa kagum apabila ada peserta perhimpunan PAS sanggup menumpang sementara di mana-mana bagi mengikuti muktamar.

- Advertisement -

Antaranya kampus Universiti Islam Antarabangbangsa Malaysia (UIA) memandangkan kedudukannya berhampiran tempat muktamar berlangsung.

Katanya, beliau difahamkan seramai 20 penyokong PAS berada di situ.

“Bagaimanapun penyokong PAS terbabit tidak dibenarkan berada di situ. Kerajaan negeri tidak boleh buat apa-apa kerana bukan di bawah bidang kuasa.

“Sebab itulah kita perlu kembalikan kuasa melalui pakatan politik penyatuan ummah untuk menguasai semula Putrajaya,” katanya ketika meraikan perwakilan muktamar PAS pada majlis makan malam di Wisma Belia di sini malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, timbalannya Ustaz Dato’ Ahmad Yakob, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib-naib Presiden PAS.

Selain itu Timbalan Pengerusi Umno Pahang Dato’ Hassan Ariffin dan pimpinan Umno negeri.

Wan Rosdy turut merakam ucapan terima kasih kepada PAS kerana memilih Pahang sebagai lokasi muktamar.

Difahamkan pada peringkat awal muktamar PAS tersebut dirancang diadakan di kompleks PAS di Kerdau, namun dipindahkan ke Kuantan hasil kerjasama kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 22/6/2019

- Advertisement -