Iskandar mahu bekerja dari bawah

- Advertisement -

KUANTAN: Dato’ Iskandar Abdul Samad menjelaskan beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini bagi memberi laluan kepada muka baru.

- Advertisement -

Katanya, beliau memberi laluan kepada calon lebih hebat yang mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Menteri Besar dan Menteri Besar.

“Kita tiada apa-apa sekarang ini cuma bekerja dari bawah untuk parti. Cukuplah saya pegang jawatan Naib Presiden selama empat tahun, kita bagi kepada muka baharu pula untuk menggalas jawatan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukpa di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 kali ini, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh mengumumkan tiga calon Naib Presiden menang tanpa bertanding berikutan Iskandar tidak mempertahankan jawatan.

Berikutan itu Ustaz Idris Ahmad, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan muka baharu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai naib presiden bagi sesi 2019-2021. – HARAKAHDAILY 22/6/2019

- Advertisement -