Jangan jadi seperti Timor Timur

- Advertisement -

KUANTAN: Menyedari dengan haluan sendiri tidak membawa apa-apa kelebihan kepada PAS, Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak Rakyat Sabah dan Sarawak memelihara perpaduan yang sedia terjalin serta menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan kesatuan yang sudah terjalin.

- Advertisement -

Katanya, PAS turut beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup pribumi Sabah dan Sarawak dan menyeru semua pihak agar sama-sama memperkukuhkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dengan memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya .

“Kepada rakyat berbagai kaum dan etnik di Sabah dan Sarawak, marilah kita memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan penyatuan ini.

“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan ini dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan dan Timor-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah,” ujarnya dalam Ucapan Dasar bersempena Muktamar Tahunan PAS yang ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Bandar Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Jelasnya, PAS Sabah dan Sarawak berperanan memimpin perpaduan di tengah kemajmukan kaum dan etnik mewakili suara umat Islam melalui pendekatan dialog dengan hikmah dan aktiviti kebajikan supaya dapat membuka lembaran baru kerjasama politik yang mencerminkan wajah Malaysia yang harmoni. – HARAKAHDAILY 21/6/2019

- Advertisement -