Ulamak sokong taawun PAS-Umno

- Advertisement -

KUANTAN: Taawun PAS dan Umno serta NGO yang berlaku sekarang dianggap begitu mengerikan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad berkata, ulama menyokong penuh taawun siyasi itu demi untuk maslahah Islam.

Katanya, kerjasama tersebut cukup penting sehingga PH melakukan pelbagai cara bagi memecahbelahkan perpaduan tersebut.

“Pertembungan sesama pembangkang merugikan umat Islam.

“Sebab itulah taawun PAS , Umno dan parti lain serta NGO boleh mewujudkan kembali kekuatan suara Melayu dan Islam di negara ini,” katanya pada ucapan dasar sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 di Wisma Belia Indera Mahkota, di sini hari ini.

Oleh itu kata beliau penyatuan orang Melayu yang membentuk 65 peratus kekuatan boleh mengembalikan suara Islam di negara ini.

Malah, katanya kerjasama itu terbukti berjaya dalam beberapa pilihan raya kecil pasca PRU14. – HARAKAHDAILY 20/6/2019

- Advertisement -