Ulamak harap Islam terus subur di Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kompleks Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, di sini mencatat sejarah apabila dipenuhi lelaki berjubah dan berkopiah.

- Advertisement -

Sedangkan sebelum ini kompleks itu merupakan lokasi persidangan yang dipenuhi aktiviti belia.

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat kali ke-58 dengan tema ‘Ulama Memimpin Penyelesaian Islam’ bermula jam 9 pagi dengan lagu Negaraku dan lagu PAS.

Muktamar di Pahang mencatat sejarah apabila diadakan di premis milik kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN).

BN hanya menguasai dua negeri di Malaysia berikutan tsunami pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei tahun lepas iaitu Pahang dan Perlis.

BN terlepas menguasai negara sehingga memberi peluang Pakatan Harapan merintis kerajaan baharu sejarah sejak merdeka.

Muktamar Dewan Ulamak dihadiri Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato; Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, naib, Dato’ Dr Johari Mat dan Ketua DHPP Pusat, N Balasubramanian.

Turut hadir wakil Umno, ISMA, HALUAN serta wakil Palestin.

Ketua Dewan PAS Pahang, Ustaz Zuridan Md Daud merakam ucapan penghargaan di atas kerjasama penuh kerajaan negeri yang cukup baik untuk menjayakan muktamar kali ini.

Beliau ketika menyampaikan ucapan aluan pada muktamar itu turut berharap Islam terus subur di bumi Pahang pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 20/6/2019

ulamak2

ulamak3

- Advertisement -