Perwakilan Ulamak minta lebih hati-hati

ulamak3
- Advertisement -

KUANTAN: Perwakilan Dewan Ulamak Pahang dan Pulau Pinang mahu PAS lebih berhati hati dalam menjalinkan kerjasama dengan parti lain.

- Advertisement -

Kata mereka pengalaman lama hendaklah dijadikan panduan kerana bimbang ia boleh berulang kembali.

Perwakilan Pahang berkata, jangan lupa kita hanyut dengan agenda tahaluf.

Beliau berkata pengalaman lama tahaluf dengan parti lain perlu dijadikan panduan.

Perkara sama diulangkan perwakilan Pulau Pinang yang berharap pimpinan PAS lebih berwaspada di atas sifat warak kita.

“Bimbang kita ditipu oleh orang lain,” katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamad pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 di Wisma Belia Indera Mahkota, di sini hari ini. hari ini. – HARAKAHDAILY 20/6/2019

- Advertisement -