Dulu penyokong tidak boleh terima Umno

- Advertisement -

KUANTAN: Sebelum ini penyokong PAS di kampung-kampung tidak boleh terima apabila disebut perkataan Umno.

- Advertisement -

Bagaimanapun sekarang, kata Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, situasi itu berubah pada muktamar di Terengganu tahun lepas.

Katanya juga, PAS mempunyai pengalaman tahaluf siyasi sejak 1953 apabila mengadakan kerjasama dengan Nasional Front dan Kongres Kebangsaan Melayu.

Malah kerjasama juga diadakan dengan Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar ketika menghadapi pilihan raya uMum 1959.

Ustaz Hashim juga berkata PAS meneruskan kerjasama bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1988 hingga 1996.

Menurutnya juga, penyatuan ummah terbaru pula tercetus selepas Umno dan BN kecundang pada pilihan raya umum lepas.

“Apa yang berlaku pada PRU lepas seolah-olah ramai tidak percaya, sehingga ada pimpinan yang sebut hanya apabila kalah baru pimpinan Umno akan insaf,” katanya.

Turut kelihatan hadir pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 ialah Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Mashitah Ibrahim. – HARAKAHDAILY 20/6/2019

ulamak6

- Advertisement -