‘Ucaptama yang komprehensif’ – KP IKATAN

KUANTAN: Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Shahir Adnan menyifatkan Ucaptama Pemuda PAS yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi amat komprehensif.
 
Katanya, ucapan berkenaan banyak menekankan isu-isu semasa yang sedang dihadapi rakyat Malaysia, khususnya isu-isu berkaitan Islam serta kecelaruan di dalam masyarakat yang berpunca daripada dasar-dasar PH.
 
Sementara itu, menurut beliau ucapan tersebut turut menyentuh perihal fahaman Liberal yang menjadi punca gejala tidak sihat seperti Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) dan sebagainya.
 
Menurut beliau, isu yang dimainkan Kerajaan PH dilihat seolah-olah cuba untuk melenturkan jati diri masyarakat Melayu-Islam di Malaysia selain dilihat cuba menjauhkan golongan muda daripada cakna perihal politik.
 
“Kita juga boleh lihat majoriti masyarakat Melayu Islam pengundi muda akan menjadi golongan terbesar untuk Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
 
Walaubagaimanapun, beliau juga tertarik dengan cadangan yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS sebagaimana telah dinyatakan Ustaz Khalil dalam ucaptama beliau.
 
Justeru itu, Dewan Pemuda Ikatan menyokong aspirasi Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menyatu padu seluruh rakyat Malaysia atas nama Islam supaya agama Islam tidak diperkotak-katikkan. – HARAKAHDAILY 19/6/2019