Peranan mahasiswa dan DHPP hasilkan sokongan

- Advertisement -
KUANTAN: Kebangkitan Melayu-Islam menerusi himpunan-himpunan rakyat yang telah diadakan sebahagiannya telah dijayakan oleh golongan mahasiswa hasil kerjasama yang diadakan bersama pelbagai NGO dan NGI.
 
Pandangan tersebut dikemukakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika menjawab pertanyaan semasa sesi pembentangan Laporan Tahunan Muktamar Pemuda PAS Malaysia, sebentar tadi.
 
Jelasnya, disebalik dakwaan tiada gerakan untuk membina kebangkitan mahasiswa, usaha dilakukan menerusi pengkaderan dalaman sesuai dengan kaedah kerahsiaan di sudut strategi, tetapi jelas dalam menyampaikan dakwah.
 
Beliau turut menjelaskan betapa usaha turut diadakan menerusi Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), sekali gus menunjukkan PAS bukan bersikap perkauman, sebaliknya mendekati bangsa dan kaum agama lain.
 
Bahkan terangnya, Lajnah Tarbiyah turut melibatkan Pemuda DHPP dalam membawa pendirian parti berhubung isu-isu sensitif melibatkan perkauman kerana mahu kaum lain turut bersama PAS seramai mungkin.
 
“Kita tak sama dengan parti politik lain. Mereka boleh berbohong, buat fitnah, buat apa saja demi tarik sokongan. Tapi kita ada batas-batas, akhlak,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/6/2019
- Advertisement -