Diskaun sehingga RM5 kompaun parkir MPKB-BRI

- Advertisement -

KOTA BHARU: Diskaun sehingga RM5 untuk setiap saman dan kompaun parkir yang dikeluarkannya sempena Hari Terbuka Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), hari ini.

- Advertisement -

Bagaimanapun, diskaun berkenaan hanya untuk denda dan kompaun parkir terdahulu sebelum ia diswastakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, diskaun kompaun itu ditawarkan bermula hari ini dan akan berakhir esok.

Menurutnya, denda serta kompaun parkir biasanya antara RM10 hingga RM100.

“Tetapi untuk hari ini dan esok, orang ramai hanya perlu membayar RM5 untuk setiap saman,” ujarnya pada majlis Aidilfitri yang diadakan di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Izani berkata, selain kompaun parkir, pihaknya turut menawarkan diskaun 50 hingga 70 peratus untuk denda binaan tanpa izin.

“Binaan tanpa izin melibatkan pembinaan rumah ataupun membina bangunan tambahan (menyambung rumah) tanpa kebenaran serta permohonan, ” katanya.

Tambahnya, denda akan dikenakan untuk rumah kayu 11 kali ganda dari harga pelan, manakala untuk rumah batu pula 20 kali ganda. – HARAKAHDAILY 19/6/2019

- Advertisement -