Video: Kewarasan ‘pelakon’ perlu dipasti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Individu yang mengaku terbabit dengan video aksi sejenis perlu dipastikan kewarasan memandangkan dia membuat pengakuan terbuka.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pengakuan dibuat individu terbabit perlu dipastikan sama ada dia waras atau tidak.

“Sebab orang gila kadang-kadang pun mengaku juga. Jadi kita kena tengok dalam Islam, kalau dia siuman maka hukuman boleh dijalankan.

“Yang mengaku sudah boleh dikenakan tindakan sama ada di mahkamah, manakala yang tidak mengaku itu kena bicara,” katanya kepada pemberita selepas jamuan hari raya di kediaman rasmi Menteri Besar hari ini. (Foto atas)

Baru-baru ini Setiausaha Sulit Kanan seorang timbalan menteri Haziq Abdullah Abdul Aziz dilapor mengaku merupakan pasangan aksi video yang dikatakan mirip seorang menteri kabinet.

Individu terbabit kemudian ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan ke Manila.

Sebuah laman berita pula hari ini melaporkan Setiausaha Politik Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikatakan bercuti selepas geger isu video terbabit. Dia juga dikatakan mempunyai keluarga di Filipina.

Ketua Pembangkang, Dato’ Md Alwi Che Ahmad turut mempertikaikan kewarasan Haziq yang membuat pengakui terlibat dalam video aksi seks sejenis. – HARAKAHDAILY 18/6/2019

- Advertisement -