Rakyat tunggu PRU15 untuk tumbangkan PH

- Advertisement -

ARAU: Rakyat secara umumnya sangat menantikan Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menjangkakan PRU15 akan datang adalah pilihan raya yang dinantikan oleh rakyat.

Katanya, gelombang penolakan rakyat terhadap PH nampaknya semakin hari semakin menyerlah.

“Dengan kegagalan mereka menunaikan manifesto, begitu juga isu-isu semasa yang meresahkan rakyat mengenai hal pentadbiran negara, begitu juga hal yang melibatkan agama Islam.

“Dan saya menjangkakan kemungkinan PRU15 berlaku lebih awal,” katanya kepada wartawan di Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Arau di Markas PAS Sanglang, semalam.

Mengenai isu pembahagian kerusi di Kedah, ujarnya masih terlalu awal untuk dibincangkan.

“Walau bagaimanapun, PAS bersedia untuk mendengan pandangan dari semua pihak terutamanya kepimpinan utama di Kedah.

Oleh itu katanya lagi, PAS Kedah juga berusaha untuk menyatukan suara rakyat terutamanya umat Islam untuk menawan semula hati rakyat. – HARAKAHDAILY 18/6/2019

- Advertisement -